Monday, March 29, 2010

Latihan Kawad Kaki

PENGUMUMAN !!

Latihan kawad kaki akan mula dijalankan pada setiap hari mulai jam 3pm. Semua anggota adalah DIWAJIBKAN hadir.

Sekian, terima kasih.

Saturday, March 27, 2010

Selamat Hari Polis ke-203




Pihak pengurusan Kor Kadet Polis SMK Subang Jaya ingin mengucapkan Selamat Hari Polis ke-203 kepada semua warga Polis DiRaja Malaysia.

PDRM "Tegas, Adil, dan Berhemah"

Kem Kor Kadet Polis SMK Subang Jaya DITUNDA LAGI

PENGUMUMAN !!

Kem yang dijadualkan pada 9 April sehingga 11 April terpaksa ditunda ke 16 April sehingga 18 April. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 23, 2010

Kem Kor Kadet Polis SMK Subang Jaya DITUNDA

PENGUMUMAN !!

Kem yang dijadulkan pada 26 Mac hingga 28 Mac terpaksa ditunda ke 9 April hingga 11 April atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, terima kasih.

Monday, March 22, 2010

Kem Kor Kadet Polis SMK Subang Jaya 2010

PENGUMUMAN !!

Kepada anggota-anggota yang berminat untuk menyertai Kem Kor Kadet Polis SMK Subang Jaya yang dijadualkan pada 26 Mac hingga 28 Mac,sila dapatkan borang penyertaan anda daripada Urusetia/AJK atau daripada Iskandar Shah Ramlan (Ketua Polis SMKSJ).

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 17, 2010

Latihan Kawad Kaki

PENGUMUMAN !!

Latihan kawad kaki akan di adakan pada 22/3/2010 (Isnin) pada pukul 3pm. Semua anggota DIWAJIBKAN hadir.

Sekian, terima kasih.

Kata-kata Aluan Iskandar Shah Ramlan (Ketua Polis SMKSJ)

As'kum dan Salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya, laman blog rasmi ini telah dapat disiapkan sepenuhnya.

Laman blog ini diwujudkan khusus buat mempromosikan Kor Kadet Polis SMK Subang Jaya di dunia web. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai 'medium' sebarang penyampaian pengumuman dan lain-lain lagi.

Akhir kata, dengan adanya laman blog ini, saya harap agar Kor Kadet Polis SMK Subang Jaya dapat terus memacu ke hadapan. Tahniah kepada Unit Multimedia yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan laman blog ini.

Sekian,

Terima Kasih.


Iskandar Shah Ramlan
KETUA POLIS SMK SUBANG JAYA